Want your
own Fotopage?






 
Kem Bina Insan Guru ke 2
IPDA
By: ipda big

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 11-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Refleksi dan majlis penutup

 
Persembahan oleh wen & ting
 
 
 
geng animasi
Sessi Refleksi dimulakan oleh Aziah
 
 
View all 112 photos...
Dalam sesi refleksi, fasilator memanggil peserta untuk memberi komen tentang keadaan khemah, kegiatan aktiviti, makanan, tempat tinggal dan pengalaman ketika berada di kem tok sakah ni. Ramai yang memberi komen yang positif dan membina. Walaupun ada masalah dan perkara yang tak dapat dielakkan, namun perkhemahan ini tetap berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar. Syabas kepada semua.

P/s:- Gambar beramai-ramai tak ada dalam fotopages ni kerana masa tu kami gunakan kamera lain , insya-Allah nanti kita akan update setelah buka maktab nanti. Maaf ya


best! best! teruskan aktiviti yg baik2!!!!
http://kelana-apachie.fotopages.com
Sun 12-Mar-2006 18:40
Posted by:nizran nizranbaik@gmail.com  - [Link]
Add comment


Friday, 10-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Persembahan & Ucapan

 
 
 
 
 
 
View all 32 photos...
Setiap kumpulan dikhendaki membuat 3 persembahan. Persembahan pertama adalah lagu patriotik, antaranya adalah seperti Bahtera Merdeka, Tanah Pusaka, dan Putera Puteri. Persembahan kedua adalah lagu rakyat, dalam lagu rakyat ini, setiap kumpulan dikhendaki menyanyikan lagu yang sama tapi rentak & stail yang berlainan dari yang asal. Persembahan ketiga adalah cerita rakyat, seperti cerita Sultan Melaka mangkat dijulang, Hang Li Poh, Puteri Gunung Ledang dan macam-macam lagi. Walaupun masa untuk berlatih adalah singkat, tapi setiap ahli kumpulan begitu kreatif membuat persembahan dan semuanya sangat menghiburkan pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar yang lain.

Care to comment?


Thursday, 9-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kayak

 
 
 
View all 47 photos...
Sebelum berkayak, peserta diajar bagaimana hendak berenang mengunakan baju pelampung, cara menyelam, melompat atas dan bawah kayak serta pertandingan bersama kumpulan. Semasa berkayak, kami diajar antaranya bagaimana hendak mengayuh dan memberi arahan kepada orang hadapan. Kami jugadiberi ujian untuk sampai ke satu destinasi, membuat satu kepungan, melintasi 2 pelampung dan bagaimana hendak mengundur kebelakang. Secara keseluruhannya belajar berkayak serta aktiviti air adalah suatu pengalaman sangat bermakna disamping menyeronokkan

Care to comment?


Wednesday, 8-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jungle Tracking~

Jungle Tracking 3 Kumpulan Pertama
 
 
View all 105 photos...
Jungle tracking di hutan kem tok sakah ini merupakan kem yang agak mencabar, ini kerana terdapat banyak pokok-pokok yang berduri disamping tanah yang agak lincin. Ada seorang dua yang terjatuh, terkena lintah, "tarik mengkarung" dan ada yang terseliuh. Semasa di pertengahan pejalan, setiap kumpulan dikhendaki membina sebuah trail untuk membawa pesakit, kami dikhendaki memotong dahan-dahan pokok, mengunakan apa yang ada seperti baju tangan panjang, beberapa helai kain pelekat , batik dan juga tali. Kumpulan hari ke dua ditimpa masalah apabila mereka dapati pinggan tidak dibawa semasa perjalanan, nasib baik boleh digantikan dengan daun pisang sebagai alas. Ada juga yang tidak membawa beras dan bekalan makanan yang cukup, tapi atas kerjasama kumpulan bergabung semua makanan, kami semua dapat makan dengan kenyang, Alhamdullilah

Care to comment?


Tuesday, 7-Mar-2006 07:25 Email | Share | | Bookmark
LDK di dalam Dewan

LDK 1
Cerita Beruk
 
View all 47 photos...
LDK satu adalah mengenai perbincangan sebuah cerita tajuknya "Beruk". LDK kedua adalah persembahan dari kumpulan yang pesertanya sama negeri. LDK ketiga adalah permainan Lulalu dan permainan tiru gaya hero yang dikendali oleh Puan Intan.

wwah.. nice entry ...
http://www.hasnizamhashim.com
Sun 12-Mar-2006 07:59
Posted by:~j.e.j.a.k.a~  - [Link]
Add comment


Monday, 6-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Koleksi di tepian pantai

 
 
 
View all 39 photos...
Selepas subuh, kami mendengar tazkirah, kemudian pada pukul 7 kami berhimpun dan bersiap sedia untuk bersenaman pagi di tepi pantai. Pada hari kedua, kami dikhendaki mempelajari sekurang-kurangnya lima jenis ikatan dan mengetahui cara untuk memasang, mengikat serta menjahit bendera.. Semua kumpulan dikhendaki menunjukkan setiap 5 ikatan. Selepas itu kami juga dikhendaki membuat sandcastle, ada yang membuat rupa orang, bentuk tulisan dan ada yang yang membuat model artistic. Banyak permainan berkumpulan yang dilakukan di tepi pantai seperti permainan tutup mata.2 daripada ahli kumpulan mengikuti kursus berkayak semasa peserta lain sedang membuat aktiviti ditepi pantai.

Care to comment?


Sunday, 5-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gambar Hari First Bertolak

berkumpul kul 5
dari taman siswa
ke depan surau ipda
View all 32 photos...
Kami berkumpul di taman siswa tepat pada pukul 5, lepas tu kami kumpul semula di hadapan surau ipda, rasanya selepas semayang subuh kami pun mula bertolak, ia mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami singgah ke perhentian Bukit Gantang, Dan setelah sampai kami bersiap menyediakan khemah masing-masing dan membuat majlis pembukaan Kem Bina Insan Guru yang ke 2.

selamat dtg ke alam fotopages....
Sat 11-Mar-2006 13:38
Posted by:jaja  - [Link]
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.